Menjelang Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024, beregu utama wanita negara Pearly Tan dan M. Thinaah memaklumkan bahawa persiapan rapi telah dilaksanakan dan mereka akan memberi tumpuan kepada mata demi mata yang akan diperoleh dan nyata misi fokus pada setiap perlawanan yang akan dilalui oleh mereka nanti.

"Kita melaksanakan persiapan dengan begitu rapi, kami berharap dapat bermain dengan baik kali ini dan mendapat keputusan yang terbaik," kata Pearly.

"Tahun lepas adalah sudah berlalu bagi kami jadi tahun ini kami hanay ingin berikan yang terbaik seperti biasa dan akan pamerkan gaya permainan yang terbaik buat semua fanatik di sini.

"Sudah pasti apabila bermain di Malaysia kita akan sangat bersemangat dan sangat teruja. Kita ada motivasi tambahan, kita sangat menikmati aura yang ada di laman sendiri.

"Tunggu dan lihat," tambah Pearlydan Thinaah.

Untuk rekod pada 2023 Pearly-Thinaah hampir berjaya menyamakan rekod pencapaian terbaik yang dilakukan oleh Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty pada 2012 yang mana ketika itu mereka muncul sebagai juara.