Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, akan berdepan Anders Antonsen dalam peringkat suku akhir Masters Malaysia 2024, di Axiata Arena, hari ini.
"Kami menjalinkan hubungan persahabatan yang baik sejak sekian lama. Tetapi pada hari perlawanan kami akan mengetepikan persahabatan dan bertanding dalam gelanggang.
"Selepas itu, anda boleh menjadi kawan semula. Tetapi yang pasti, esok saya dan Zii Jia bukan kawan," kata Antonsen.
Pemain kelahiran Denmark itu berjanji tidak ada istilah kawan apabila mereka berdua berentap di dalam gelanggang nanti walaupun mereka merupakan kawan baik di luar gelanggang.
Pemain nombor empat dunia itu selesa menempah slot ke suku akhir selepas menundukkan rakan senegara, Magnus Johannesen 21-12,21-10.
Zii jia juga menang dalam perlawanan berturut-turut menentang Kiran George selepas menewaskan wakil dari India itu 21-13,21-18 untuk mara ke peringkat suku akhir pertamanya di tanah air sejak 2020.
"Saya gembira dapat mara ke suku akhir pertama saya dalam tempoh masa yang lama. Tetapi esok akan menjadi perlawanan yang sukar menentang Antonsen.
"Saya perlu bersabar dengannya, dia pemain terbaik dan sukar untuk mendapatkan mata daripadanya. Kami berkawan, tetapi juga profesional jadi ia tidak akan menjejaskan apa-apa." Kata juara Terbuka Thailand itu.

#PERODUAMalaysiaMasters2024 Order of Play
— BAM (@BA_Malaysia) May 23, 2024
QF
⏰ 9.00am (MYT)
? Astro Supersport#GemilangkanLagi#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/65fxeKs0av