Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir

Saufi Tahir
Mei 24, 2024 10:49 MYT
Pasangan beregu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang menewaskan lawan pasukan senegara Tan kian Meng-Lai Pei Jing, 21-19,21-14 untuk menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Aksi set pertama berlangsung dengan sengit dengan kedua-dua wakil negara berkejaran mata tetapi selepas terikat 11-11, Kian Meng-Pei Jing melakukan beberapa kesilapan kecil memberikan peluang buat pasangan pilihan pertama kejohanan itu untuk melakar kemenangan 21-19.
Momentum cemerlang itu diteruskan Tang Jie-Ee Wei dalam set kedua perlawanan apabila meninggalkan lawan dengan jurang lima mata ketika awal permainan.

RESULTS: #PERODUAMalaysiaMasters2024 QF#MAS?? Chen Tang Jie-Toh Ee Wei(1) def. #MAS?? Tan Kian Meng-Lai Pei Jing(8) 21-19 21-14#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/tRZMiamaDT

— BAM (@BA_Malaysia) May 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Biarpun Kian Meng-Pei Jing cuba untuk mengejar tetapi sebaik mendahului 15-14, menjadi pencetus untuk Tang Jie-Ee Wei memperkemaskan corak permainan untuk menang 21-14.
Mereka bakal berdepan Goh Soon Huat-Shevan Lai ataupun lawan dari Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati yang sedang bersaing untuk menempah slot ke separuh akhir ketika ini.
#badminton #Masters Malaysia #Tang Jie-Ee Wei
;