BADMINTON
Masters Malaysia Super 100: Muhammad Faiq-Lok Hong Quan dalam momentum terbaik
Pada aksi kelayakan pusingan ke-16 Masters Malaysia Super 100, beregu lelaki negara, Muhammad Faiq-Lok Hong Quan, tidak berdepan sebarang masalah untuk mengatasi rakan senegara, Dickon Khoo-Lye Jun Cheng.
Kemenangan straight set 21-7, 21-9 menyaksikan mereka berdua masih berada dalam momentum terbaik meskipun baru pulang daripada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2024 di Nanchang, China.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami bermain seperti kebiasaan dan siap sedia berhadapan lawan yang lain pada pusingan seterusnya sambil menerapkan pelbagai gaya permainan seperti menyerang, bertahan dan menggunakan kelebihan angin," kata Muhammad Faiq.
Dalam masa sama, Lok Hong Quan berkongsi bahawa kombinasi mereka semakin baik daripada masa ke semasa.
"Komunikasi kami baik dan masing-masing sudah mengetahui gaya permainan tersendiri," kata Lok Hong Quan.