Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Soon Huat-Shevon ungguli Little Gangster di separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(8).jpg
Berakhir sudah separuh akhir beregu campuran apabila kedua-dua wakil Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berdepan sesama sendiri.

Namun kejutan berlaku apabila pilihan pertama kejohanan, Little Gangster, tumpas ke atas Soon Huat-Shevon dalam aksi dua set sahaja.

Di awal set pertama, kedua-dua pasangan tampil dengan aksi baik selepas aksi sengit ditonjolkan untuk perlawanan terikat 2-2.


 

Namun Soon Huat-Shevon lebih cemerlang apabila mula menaikkan mutu permainan untuk memenangi set pertama dengan kemenangan 21-11.

Tang Jie-Ee Wei cuba untuk bangkit di set kedua namun dominasi penuh ditonjolkan Soon Huat-Shevon untuk menoktahkan kemenangan 21-19 sekaligus melayakkan diri mereka ke final Masters Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video