BADMINTON
Masters Malaysia: Semangat Pearly-Thinaah makin membara
Kejayaan dalam Terbuka Thailand telah menyuntik semangat beregu wanita utama negara untuk mengharungi Malaysia Masters yang bermula esok dan M.Thinaah berikrar untuk membawa aura kemenangan itu ke Arena Axiata, Bukit Jalil.
Pearly Tan-Thinaah mencipta sejarah di samping Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila mendominasi gelaran beregu wanita dan beregu lelaki di Bangkok semalam.
Mereka memahat sejarah pertama dalam Jelajah Dunia yang menyaksikan Malaysia memenangi gelaran berganda di peringkat super 500 dan ke atas.
Iklan
Kejayaan itu telah mencetuskan lebih keterujaan menjelang satu lagi kejohanan bertaraf super 500 dan peminat dijangka membanjiri Arena Axiata.
"Untuk memenangi kejuaraan ini di Thailand amat bermakna buat kami berdua. Tetapi masih banyak perlawanan lagi yang menyusul.
"Kami akan memberi tumpuan seterusnya kepada Malaysia Masters dan berharap dapat memberikan satu persembahan hebat dan yang terbaik di sana," kata Thinaah, yang bersama menyingkirkan gandingan Korea Selatan, Jeong Na-eun-Lee Yeon-woo, 21-16, 21-17 untuk menawan Terbuka Thailand.
Pemain nombor empat dunia itu turun sebagai pilihan ketiga Malaysia Masters dan akan membuka saingan bertemu wakil Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying.
Dengan Kejohanan Masters Malaysia menjadi medan yang lebih kompetitif berbanding Terbuka Thailand,
Pearly-Thinaah perlu menghadapi rintangan dua beregu terbaik dunia; Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China dan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun.
Must-Watch Video