BADMINTON

Masters Malaysia: Rexy Mainaky seru pemain badminton negara ambil iktibar

Shaiful Shamsudin 27/05/2024 | 12:14 MYT
Rexy Mainaky menyuarakan kegusarannya mengenai prestasi atlet negara dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 terutama yang bakal ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM) itu berkongsi dengan wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, bahawa dia enggan menerima kesilapan mudah daripada wakil yang bakal membawa harapan negara di Paris.
"Ia satu keputusan yang tidak boleh diterima.
'Kami bukan mahu beralasan tapi kami sudah jangkakan mengenai Pearly dan Thinaah, ini kejohanan pertama mereka selepas berehat lama. Jadi boleh difahami kekuatan mereka tidak mencukupi.
"Tapi untuk Aaron-Wooi Yik, ini adalah bentuk pelajaran buat mereka tapi kekalahan mereka tidak boleh diterima.
"Bukannya mereka tidak boleh kalah tapi mereka seharusnya mereka bermotivasi.
"Pukulan rejam mereka seperti kosong jadi sesuatu yang (sambil beri isyarat tangan).
"Saya risau kalau pemain tidak menyedarinya. Kalau kalah, pasti ada penyesalan tapi sejauh mana, saya tidak tahu," katanya di Nadi Arena.
Selesai Masters Malaysia dengan menanti skuad badminton negara selepas ini adalah Terbuka Singapura yang akan bermula esok.
#badminton #Masters Malaysia
;