BADMINTON

Masters Malaysia: Pengalaman pisahkan Arif Junaidi-Yap Roy King ke pentas final

Shaiful Shamsudin 25/05/2024 | 11:09 MYT
Cabaran Arif Junaidi-Yap Roy King dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia berakhir selepas langkah mereka dinafikan Kim Astrup-Anders Rasmussen di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.
Pengalaman menjadi kelebihan buat gandingan Denmark itu untuk mendominasi set pertama 21-13 di Axiata Arena dengan menyerap asakan daripada Junaidi-Roy King sebelum melancarkan serangan blas.
Beregu kebangsaan itu kemudian berhasil mengatur prestasi berbeza dan mendahulu 17-15 dalam set kedua.
Namun, peluang itu gagal dipertahankan apabila giliran mereka pula ketinggalan dengan dua mata sebelum lawan menyudahkan permainan 21-19.
#badminton #Masters Malaysia
;