Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Penantian 12 tahun berakhir, beregu lelaki negara sah juara, dua gandingan negara berentap di final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

soh.jpg
Malaysia sah meraih kejuaraan Masters Malaysia selepas mengakhiri penantian selama 12 tahun dalam sektor beregu lelaki!

Ini kerana, juara Asia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berjaya melayakkan diri ke final kejohanan bertaraf super 500 itu selepas menumbangkan gandingan di ranking pertama dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, sebentar tadi. 

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu tidak memandang enteng kemampuan pilihan utama kejohanan, dengan kedua-dua lawan menyajikan pertarungan epik melewati aksi tiga set.

Juara Terbuka Thailand itu terlebih dahulu membuka permainan dengan kemenangan set pertama 21-19 dalam tempoh 21 minit di hadapan peminat tempatan. 

Memasuki set kedua, tempo wakil negara seperti hilang arah apabila membenarkan lawan dari Denmark itu mendominasi gelanggang, sekali gus mengheret ke set ketiga dengan kemenangan 17-21.

Laungan sorakan penyokong tanah air mengiringi semangat Aaron Chia-Soh Wooi Yik menundukkan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen di set terakhir 21-15. 

Dengan ini, Malaysia sah menjuarai kategori beregu lelaki di tempat sendiri susulan Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan bertemu rakan senegara dengan 'perang saudara' bersama Man Wei Chong-Tee Kai Wun di perlawanan akhir esok. 

Untuk rekod, Goh V Shem-Lim Khim Wah merupakan juara terakhir Malaysia dalam Masters Malaysia pada 2013.

Advertisement

Must Watch Video