Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Pearly-Thinaah pastikan cabaran beregu wanita negara terus menyala

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-thinaah.jpg
Pearly Tan-M.Thinaah memastikan cabaran beregu wanita negara terus menyala apabila layak ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Selepas terkandasnya Go Pei Kee-Teoh Mei Xing dalam perlawanan lebih awal, Pearly dan Thinaah muncul wakil tunggal negara menggalas cabaran itu dan ia dibuktikan mereka dengan aksi cemerlang.

Berdepan lawan dari Thailand, Pichamon Phatcharaphisutsin-Nannapas Sukklad, gandingan pilihan ketiga itu hanya memerlukan 14 minit untuk mencatatkan kemenangan 20-12 dalam set pertama.

Tentangan lebih sengit diberikan lawan dalam set kedua tetapi ia tidak menggugat Pearly dan Thinaah untuk mencatatkan kemenangan 21-15 selepas secara keseluruhan bertarung selama  36 minit.

Cabaran sebenar menanti mereka dalam penentuan ke separuh akhir esok apabila dijadualkan bertemu gandingan pilihan kelima dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi.
 

Advertisement

Must Watch Video