Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Pearly-Thinaah ke separuh akhir, mudah atasi gandingan Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-thinaah.jpg
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila mudah mengatasi gandingan bukan pilihan dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Turun selaku pilihan ketiga, gandingan negara itu mempamerkan dominasi dalam set pertama untuk mengatasi lawan pilihan kelima itu 21-14.

Rentak cemerlang itu kemudian dikekalkan mereka dalam set kedua untuk sekali lagi memperoleh kemenangan 21-14 selepas secara keseluruhan bertarung selama 33 minit.

Pearly dan Thinaah seterusnya akan menghadapi gandingan pilihan ketujuh dari China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, bagi penentuan ke final esok.
 

Advertisement

Must Watch Video