BADMINTON
Masters Malaysia: Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei lolos ke suku akhir, mudah tolak Thailand keluar
Beregu kedua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, tidak mengambil masa yang lama sebelum menoktahkan kemenangan Malaysia dalam perlawanan pusingan ke-16 kejohanan Masters Malaysia, sebentar tadi.
Perlawanan yang berlangsung 30 minit itu, menyaksikan beregu negara mudah mengetepikan cabaran beregu dari Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul, yang gagal memberikan tentangan hebat.
Kemenangan 17-21 12-21 dalam tempoh yang singkat itu, cukup memastikan pasangan itu berjaya ke suku akhir pada esok di Stadium Axiata Arena.
Must-Watch Video