Beregu muda negara, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, sekali lagi menampilkan persembahan memukau dengan mengetepikan cabaran pasangan nombor dua Denmark, Rasmus Kjaer–Frederik Sogaard, menerusi permainan tiga set.
Pada awalnya, gandingan negara itu ketinggalan seketika 5-11 namun tidak mematahkan semangat untuk kembali mengejar dan akhirnya memenangi set pertama.
Masuk kepada set kedua, wakil dari Denmark itu mempamerkan kebangkitan apabila dengan mudah memenangi permainan itu untuk mengheret beregu negara bermain di set ketiga.
Beregu yang menduduki ranking ke-47 dunia itu tidak membuang waktu untuk malah menerima saingan sengit sehingga mata berakhir 21-18.
Secara rasminya, mereka akan ke separuh akhir kejohanan Masters Malaysia menjadikan ia pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan bertaraf super 500.
Gandingan pilihan ke-7 kejohanan, Man Wei Chong-Tee Kai, menerima nasib yang berbeza apabila disingkirkan oleh pasangan dari China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu selepas menoktahkan kemenangan 21-18 21-16.
Najmi Iman
Fri May 24 2024