BADMINTON
Masters Malaysia: Mungkin hari ini kami lebih padu berbanding Fei-Din -- Tee Kai Wun
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, berasakan faktor tiga pukulan pertama menjadi penentu mereka dapat menewaskan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, dalam suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.
Berdepan lawan di ranking kedua dunia itu, Wei Chong dan Kai Wun bangkit daripada kekalahan 19-21 untuk mencatatkan kemenangan 21-7, 21-16 dalam dua set berikutnya.
Menanti mereka dalam penentuan ke final esok ialah bekas juara dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.
Iklan
"Permainan kini lebih laju, jadi siapa dapat memegang tiga pukulan pertama akan ada kelebihan," kata Kai Wun kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Mungkin hari ini kami lebih padu memegang tiga pukulan pertama.
"Setakat ini, kami dapat melakukan persediaan secukupnya, jadi saya harap kami dapat meneruskan semangat seperti ini dalam perlawanan yang akan datang."
Must-Watch Video