Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Man Wei Chong-Tee kai Wun pamer dominasi hampir sempurna ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

man-tee.jpg
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mempamerkan dominasi hampir sempurna ketika mengesahkan tempat dalam suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2025 di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan kelima, gandingan negara itu ternyata mengawal rentak lawan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita, untuk sentiasa berada di depan sebelum mencatatkan kemenangan 21-17 dalam set pembukaan.

Sedikit tentangan dihadapi mereka pada awal set kedua tetapi sebaik mengikat kedudukan 11-11, Wei Chong Dan Kai Wun kembali mendominasi untuk mencatatkan kemenangan 21-13 selepas secara keseluruhan bertarung selama 32 minit.

Mereka seterusnya akan menantikan pemenangan di antara beregu Taiwan, Chen Zhi Rau-Lin Yu Chieh, dan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bagi penentuan ke separuh akhir esok.


 

Advertisement

Must Watch Video