Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Man Wei Chong-Tee Kai Wun cipta kejutan ungguli 'perang saudara' di Arena Axiata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

man-tee.jpg
Beregu meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila menumbangkan beregu utama negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kelima, Wei Chong dan Kai Wun memberikan tentangan sengit kepada lawan di ranking kedua dunia itu tetapi terpaksa akur dengan kekalahan 19-21 dalam set pembukaan.

Bagaimanapun, mereka mempamerkan peningkatan luar biasa dalam dua set berikutnya untuk mencatatkan kemenangan 21-7, 21-16 selepas secara keseluruhan bertarung selama 45 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke final esok ialah bekas juara dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi,.
 

Advertisement

Must Watch Video