BADMINTON
Masters Malaysia: Lee Zii Jia 'ingkar' arahan jurulatih
Penantian yang ditunggu–tunggu selama lapan tahun untuk melihat wakil perseorangan lelaki negara bermain di pentas akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia akhirnya tercapai.
Lee Zii Jia bakal beraksi menentang musuh tradisinya, Viktor Axelsen, bagi merebut gelaran 2024.
Dalam sembilan pertemuan, pemain berusia 26 tahun itu hanya dapat menundukkan pemain Denmark tiga kali sahaja…
"(Kejayaan ini) satu pemangkin semangat, Angus sorang pemain yang bagus. Pemain di peringkat tinggi dan saya masih amat menyanjunginya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Walau punkesakitan mula menghantuinya dalam set kedua, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah, itu masih meneruskan permainan yang berlanjutan 43 minit, sekali gus buat pertama kalinya mara ke pentas akhir di laman sendiri.
"Tak sangka saya dapat meara sejauh ini terutama selepas dilanda kekejangan.
"Saya mula berasa kekejangan di kaki dalam set kedua. Malah, jurulatih (Wong Tat Ming) beritahu saya supaya melepaskan set kedua dan fokus sahaja kepada set ketiga.
"Tapi saya tidak mahu menyerah kalah dengan mudah.
"Saya terus cuba dan mencuba. Mungkin tuhan nampak saya berusaha, saya diberi kesempatan ini," katanya.