BADMINTON

Masters Malaysia: Lee Zii Jia ketepikan kekejangan otot cabar kejuaraan esok

Shaiful Shamsudin 25/05/2024 | 13:32 MYT
62 hari lagi menuju Sukan Olimpik Paris, perseorangan negara, Lee Zii Jia, memberi gambaran dia di landasan terbaik apabila mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia secara straight set, sebentar tadi.
Perseorangan lelaki itu ke final selepas melalui keperitan bertemu Angus Ng Ka Long dalam aksi separuh akhir.
Dia terlebih dahulu memastikan set pertama menjadi miliknya dengan kemenangan 21-15 menerusi permainan pantas.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tetapi set kedua benar-benar menguji fizikal dan mentalnya apabila kekejangan otot kembali melandanya ketika mendahului 13-9 hingga memerlukan rawatan di tepi gelanggang memandangkan semalam terpaksa mengharungi pertarungan selama 1 jam 24 minit sebelum melepasi halangan Anders Antonsen.
Tetapi gema sorakan penyokong di Axiata Arena telah memacu semangatnya dan melupakan kepincangannya buat sementara waktu dengan menoktahkan cabaran lawan dari Hong Kong itu 21-17 selepas mengutip lapan mata berturut-turut, seterusnya mengatur janji temu dengan Axelsen.
#badminton #Masters Malaysia
;