Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Laluan mudah buat Peng Soon-Yee See ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pengsoon.jpg
Gandingan Chan Peng Soon-Cheah Yee See, berjaya mara ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan Brazil, Fabricio Farias-Jaqueline Lima, 21-13, 21-15.

Peng Soon menjelaskan bahawa Fabricio dan Jaqueline merupakan pihak lawan paling sesuai buat mereka pada pusingan pertama supaya mempunyai ruang untuk menyesuaikan diri dengan isu angin di gelanggang Stadium Axiata.

Sementara itu, seorang lagi perseorangan lelaki negara, Liew Darren, gagal meneruskan kemaraan selepas kecundang kepada Ng Ka Long dari Hong Kong di pusingan pertama.

Ini merupakan kekecewaan kedua dalam tempoh seminggu buat Daren yang turut kecundang di peringkat sama Terbuka Malaysia.

Liew Daren tewas 21-17, 21-15 straight sets sekaligus berkemas awal dari Masters Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video