Masters Malaysia: Kian Meng-Pei Jing tunjukkan pasangan Thailand jalan keluar
Saufi Tahir
Mei 22, 2024 14:37 MYT
Mei 22, 2024 14:37 MYT
Pemain beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang merupakan pilihan kelapan cemerlang menewaskan gandingan dari Thailand di pusingan pertama Kejohanan Masters Malaysia 2024, sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan pasangan itu ketinggalan jauh 0-6 sebelum mengejar kembali untuk membawa kepada kedudukan 9-9 sekaligus meneruskan momentum untuk melakar kemenangan 21-16.
Begitupun, pasangan Thailand yang berada di kedudukan ke-32 dunia itu berjaya mengemaskan permainan dengan lebih berdisiplin untuk menewaskan Kian Meng-Pei Jing 21-17 dalam set kedua untuk membawa perlawanan ke set penentuan.
RESULTS: #PERODUAMalaysiaMasters2024 R32#MAS?? Tan Kian Meng-Lai Pei Jing(8) def. #THA?? Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat 21-16 17-21 21-19#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/PXLhN1ZMkD
— BAM (@BA_Malaysia) May 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aksi set penentuan bermula dengan sengit pada permulaan dengan masing-masing cuba untuk tidak meninggalkan lawan dengan jurang yang besar, tetapi penggalaman pasangan jelas membantu untuk meraih kemenangan 21-19 dalam masa 1 jam 8 minit.
Sementara itu, satu satu lagi wakil beregu wanita negara. Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien terpaksa akur dengan lawan dari Indonesia selepas tewas 14-21,11-21 dalam tempoh 42 minit.
RESULTS: #PERODUAMalaysiaMasters2024 R32#INA?? Febriana Kusuma-Amallia Pratiwi(3) def. #MAS?? Vivian Hoo-Lim Chiew Sien 21-14 21-11 #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/NIWxCPr4gu
— BAM (@BA_Malaysia) May 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.