Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Juara bertahan, Soon Huat-Shevon Lai, kandas di pusingan 32

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton.jpg
Gandingan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, berputih mata tewas kepada wakil Denmark seawal pusingan pertama Masters Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi. 

Pilihan ketiga kejohanan itu kandas dalam tempoh 38 minit dan gagal mempertahankan status juara edisi lalu.

Meskipun hampir bangkit di set kedua, namun Mads Vestergaard-Christine Busch berjaya menoktahkan kemenangan, sekali gus mara ke peringkat seterusnya.

 

Sementara itu, beregu muda lelaki negara, Aaron Tai- Kang Khai Xing, menunjukkan jalan keluar kepada wakil Denmark yang merupakan naib juara dalam Terbuka Thailand minggu lalu, menerusi kebangkitan terpuji aksi tiga set 12-21, 21-11, 21-17.

Advertisement

Must Watch Video