Beregu lelaki nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membuktikan kewibawaan mereka dengan melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Turun sebagai pilihan kedua, gandingan negara itu tidak berdepan masalah untuk menumbangkan beregu Taiwan, Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh.
Seakan-akan sengaja berada di posisi mengejar, mereka beberapa kali mudah menyamakan kedudukan sebelum menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-19.
Dalam set kedua, mereka menunjukkan belang sebenar untuk jauh mendahului 11-5 sebelum mencatatkan kemenangan 21-13 selepas secara keseluruhan bertarung selama 30 minit.
Sze Fei dan Nur Izzuddin seterusnya akn bertemu rakan senegara, yang juga piliha kelima, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, bagi penentuan ke separuh akhir esok.