Seorang lagi wakil beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon lai, cemerlang menempah slot ke perlawanan suku akhir Master Malaysia 2024 selepas menewaskan wakil Indonesia 2-1 di Axiata Arena, sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan Soon Huat-Shevon lai terpaksa akur dengan lawan yang berada di kedudukan nombor 21 dunia yang jauh lebih agresif menyerang hingga ketinggalan dengan jurang jauh untuk tewas 21-12.
Walaupun perlawanan terhenti seketika ketika mendahului pasangan Indonesia 11-8 ekoran kecederaan dalam set kedua, tetapi pasangan negara berjaya bangkit untuk melakar kemenangan 21-17 dalam tempoh 27 minit untuk meneruskan cabaran ke set penentuan.
Pasangan negara terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan pasangan Indonesia dengan corak pertahanan dan menyerang yang lebih kemas untuk melangkah ke separuh akhir dengan kemenangan 21-17 dalam 25 minit.
Pasangan pilihan keempat kejohanan itu akan bertemu lawan yang merupakan rakan pasukan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dalam perlawanan separuh akhir esok.

RESULTS: #PERODUAMalaysiaMasters2024
— BAM (@BA_Malaysia) May 24, 2024
QF#MAS?? Goh Soon Huat-Shevon Lai(4) def. #INA?? Rehan Kusharjanto-Lisa Kusumawati(7) 12-21 21-17 21-17#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/FcoQSj0SBH