Luar biasa!
Satu lagi beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, melakar sensasi dalam Masters Malaysia hari ini selepas cemerlang dalam Terbuka Jerman sebelum ini.
Gandingan itu mempamerkan kesungguhan luar biasa sambil seruan daripada jurulatih, Rosman Razak, yang berada di tepi gelanggang terus meniup api perjuangan skuad negara.
Biarpun mereka megakui sedikit gugup, namun ia bukanlah masalah untuk mencatat kemenangan kedua mengatasi wakil dari China itu.
Dalam aksi penuh mendebarkan di Axiata Arena, Bukit Jalil itu menyaksikan mereka mengatasi Chen Qing Chen-Wang Ting Ge dengan kemenangan straight set 21-19, 21-19.
"Saya mempersiapkan diri daripada segi mental.
"Kami pernah menang jadi kami penuhi jangkaan.
"Kami bermula dengan baik dan sebaik lawan mula mengejar kedudukan, kami mula berasa sedikit cemas hingga menjurus kepada kesilapan.
"Jadi saya perlu perbaiki aspek ini.
"Selepas ini kami akan berdepan satu pencabar dari China, Jia Yifan-Zhang Shuxian, dan kami perlu tampilkan aksi berkualiti tinggi," kata Mei Xing.