Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, memulakan cabaran Masters Malaysia dengan langkah kanan selepas menewaskan wakil dari Thailand Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong, sebentar tadi.

Pemain Thailand cuba memberikan saingan dalam set pertama dengan mengikat wakil negara 5-5, sebelum Tang Jie-Ee Wie meninggalkan pemain dengan lawan dengan jurang sembilan mata sekaligus menamatkan perlawanan 21-12.



Tang Jie-Ee Wei memulakan set kedua dengan baik dalam awal meninggalkan lawan 10-5 dengan jurang 5 mata, sebelum pasangan Thailand di kedudukan ke-42 dunia itu cuba mengejar untuk merapatkan jurang mata 10-9.

Begitupun, penggalaman wakil negara jelas lebih baik untuk menamatkan perlawanan 21-14 untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Seorang lagi wakil perseorangan wanita Letshanaa Karupathevan akan turun menentang wakil dari China Han Yue, sebentar lagi.