Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Boleh kata puas hati, tidak perlu fikir banyak perkara -- Wei Chong-Kai Wun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chong.jpg
Gandingan ranking kelapan dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, melangkaui jangkaan dengan menempah tiket ke final Masters Malaysia 2025 selepas menjinakkan Takuro Hoki–Yugo Kobayashi, sebentar tadi.

Mereka mempamerkan rentak bertenaga ketika mencipta kemenangan straight set ke atas juara dunia 2021 dari Jepun itu di Axiata Arena in Bukit Jalil.

Ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, Tee Kai Wun berbangga dengan perlawanan separuh akhir itu dengan melafazkan keyakinan tinggi menjelang final esok.

"Aksi hari ini lebih bagus berbanding sebelum ini.

 

"Boleh kata berpuas hati, namun masih ada kesalahan juga," kata Tee Kai Wun di Nadi Weekend.

Apa yang lebih penting, beregu lelaki negara itu mahu menonjolkan aksi berkualiti dan sedia mempamerkan keajaiban menentang lawan di tempat sendiri.

"Esok, tidak perlu memikirkan banyak perkara. Menang atau kalah, yang penting berikan persembahan terbaik," kata Man Wei Chong selepas tamat permainan. 

Advertisement

Must Watch Video