BADMINTON

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik sekali lagi kandas dalam separuh akhir

Muzaffar Musa 09/07/2022 | 13:01 MYT
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terkandas dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia selepas tewas kepada gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Selepas disingkirkan beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, di peringkat sama dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia minggu lalu, Aaron dan Wooi Yik diharapkan dapat memperbaiki prestasi untuk sekurang-kurangnya ke final tetapi mereka kali ini disingkirkan oleh lawan pilihan keenam dari Indonesia.
Turun selaku pilihan kelima, Aaron dan Wooi Yik mempamerkan permulaan agresif pada awal perlawanan tetapi momentum mereka mula menurun di pertengahan aksi sebelum tewas 21-14 dalam set pertama.
Mereka kemudian melakarkan kebangkitan dalam set kedua -- yang menyaksikan sorakan penyokong terus bergema dari tempat duduk penonton -- di mana mereka tidak pernah ketinggalan sebelum menang 21-19 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.
Bagaimanapun, gandingan negara itu jelas tidak dapat memberikan saingan dalam set penentuan untuk menamatkan pertarungan selama 50 minit itu dengan kekalahan 21-8.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Aaron Chia #Badminton Masters Malaysia #Sow Wooi Yik
;