Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik melangkah gagah ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-wooi-yik.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, membuktikan mereka masih taruhan terbaik apabila menepati ramalan untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Berdepan wakil Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, gandingan juara dunia dan Asia itu mendominasi hampir keseluruhan set pertama sebelum mencatatkan kemenangan 21-10.

Tentangan lebih sengit dihadapi mereka dalam set berikutnya, di mana mereka ketinggalan di pertengahan aksi tetapi sebaik menyamakan kedudukan 19-19, mereka memperoleh dua mata terakhir untuk mencatatkan kemenangan 21-19 selepas secara keseluruhan bertarung selama 36 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke final esok ialah beregu nombor satu dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
 

Advertisement

Must Watch Video