Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik tempah tempat ke suku akhir
Shaiful Shamsudin
Mei 23, 2024 17:33 MYT
Mei 23, 2024 17:33 MYT
Juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dengan naib juara Terbuka Thailand 2024 dari China, Chen Bo Yang-Liu Yi, berakhir dengan kemenangan dramatik pertarungan tiga set Kejohanan Badminton Masters Malaysia, sebentar tadi.
Sebagai rekod, ini adalah pertemuan kali pertama buat kedua-dua gandingan ini dengan pilihan utama kejohanan, Aaron-Wooi Yik, bergelut pada awal permainan apabila ketinggalan 8-10 pada satu ketika dalam pertemuan pusingan 16 di Axiata Arena itu.
Selepas itu mereka bangkit mempamerkan kualiti tersendiri untuk menjarakkan diri dengan kelebihan tiga mata dan "The Chipmunks" tidak menoleh ke belakang lagi untuk menawan set pertama 21-13.
Sekembalinya dalam set kedua, beregu sensasi negara itu terus diuji dengan adegan kejar mengejar mata hinggakan Bo Yang-Liu Yi yang rampas set kedua 21-13.
Dalam set penentuan, Aaron-Wooi Yik tampak belajar daripada kesilapan apabila memperagakan aksi pantas dan smash kencang untuk membenam pasangan China itu 21-10.
Mereka akan mengatur pertemuan dengan wakil Korea Selatan, Jin Yong-NA Sung Seung, esok.