Chong Man We-Tee Kai Wun terus melangkaui jangkaan dengan menempah tiket ke final Masters Malaysia 2025 selepas menjinakkan Takuro Hoki–Yugo Kobayashi, sebentar tadi.
Mereka mempamerkan rentak bertenaga ketika mencipta kemenangan straight set ke atas juara dunia 2021 dari Jepun itu di Axiata Arena in Bukit Jalil.
Di sebalik dua episod kekalahan kepada seteru itu, mereka mendominasi sejak awal pertarungan untuk merakamkan 21-12, 21-14 yang menyaksikan Kai Wun kerap merejamkan bulu tangkis ke sudut sukar.
Mereka menunggu sekiranya akan membuat perhitungan dengan rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik atau pilihan pertama, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.