Skip to main content

Badminton

Masters Korea Selatan: Jimmy Wong-Lai Pei Jing terlepas gelaran sulung selepas tentangan hebat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jimmy-wong-lai-pei-jing.jpg
Beregu campuran, Jimmy Wong-Lai Pei Jing, terpaksa akur gelaran Masters Korea Selatan terlepas daripada genggaman tangan sendiri, sebentar tadi. 

Jimmy-Pei Jing berjuang habis-habisan dalam pertarungan di Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti Wonkwang, Iksan, itu namun belum cukup untuk mengatasi peserta tuan rumah, Kim Jae-hyeon-Jeong Na-eun.

Mereka sudah pun bermandi keringat dalam aksi sengit set pertama. 

Jimmy-Pei Jing berusaha keras menyelamatkan kedudukan apabila memungut lima mata berturut-turut selain dibantu servis mengelirukan Pei Jing untuk menghambat kedudukan 16-17. 

Situasi mendebarkan itu berlanjutan hingga ke babak dius sambil Jae-hyeon memperagakan pertahanan mantap.

Dan akhirnya kesilapan Jimmy ketika memulangkan servis memberikan kemenangan set pertama 24-22. 

Kemudian, kegopohan pada awal set kedua meletakkan wakil profesional negara itu di kedudukan sukar 1-5 sebelum berhasil mendahului 11-7.

Namun, ia tidak kekal lama dan sebaik set kedua bersambung, mereka bagaikan hilang arah dengan melepaskan lapan mata berturut-turut sebelum menutup perjuangan 18-21, sekali gus meneruskan badi dalam final buat kali ketujuh.





 
Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video