Skip to main content

Badminton

Masters Korea Selatan BWF: Lee Zii Jia tarik diri atas faktor kecergasan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-zii-jia.jpg
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, sah menarik diri daripada Kejohanan Masters Korea Selatan BWF, demikian disahkan dalam laman sosial rasmi Team LZJ.

Team LZJ dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat atas nasihat doktor dan pakar kecergasan.

"Selepas mendapatkan pandangan doktor dan pakar fizikal, Team LZJ bersetuju bahawa adalah lebih baik untuk Lee Zii Jia mengambil sedikit lagi waktu rehat sebelum kembali beraksi.

"Tiada apa-apa yang serius untuk digusarkan dan terima kasih atas segala ucapan dan jumpa anda semua tidak lama lagi," kata kenyataan itu.

Masters Korea Selatan, yang bertaraf Super 300, akan bermula esok sehingga hujung minggu ini.


 

Advertisement

Must Watch Video