Skip to main content

Badminton

Masters Korea: Mujur Aaron-Wooi Yik tidak terbawa-bawa dengan kekecewaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik_1.jpg
Beregu utama lelaki kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kembali menggegar arena badminton antarabangsa dengan menjuarai Masters Korea hari ini. 

Namun, ia bukan satu tugas mudah di Iksan City sebelum mereka menundukkan beregu ke-72 dunia yang merupakan wakil tempatan, Jin Yong/Kim 
Won-Ho, itu dalam pertarungan tiga set sebelum beroleh kejayaan dalam kejohanan super 300 berkenaan. 

Malah, Aaron cuba melepaskan geram dengan melontar raket ke udara ketika di pertengahan set ketiga.

"Selepas Olimpik, Wooi Yik perlu menjalani (proses) pemulihan kecederaan ibu jari kakinya. 

"Kami baru sahaja kembali dan gembira dapat mengembalikan sentuhan kata Aaron. 

"Ya saya akui kecewa. Ada beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Begitu juga semalam, adakalanya saya berasa agak kecewa tapi ia masih dalam kawalan," katanya selepas perlawanan. 



Menurut Wooi Yik pula: "Lawan memperagakan permainan pantas dan sering memberi tekanan yang mendorong kepada kesilapan kami dalam set pertama. 

"Kami cuba memperlahankan rentak selain mencari ruang dalam set kedua. 

"Kami semakin selesa untuk mempersembahan corak permainan sebenar dalam set ketiga." 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video