Skip to main content

Badminton

Masters Jepun: Pearly-Thinaah ke final lagi, hasrat DinFei ke Jelajah Akhir BWF musnah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mastersjepun.jpg
Gandingan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, berpeluang menambah koleksi kejuaraan ketiga musim ini apabila melayakkan diri ke perlawanan akhir dalam Kejohanan Badminton Masters Jepun, hari ini.

Kemenangan straight set 24-22, 23-21 ke atas wakil tuan rumah, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, dalam tempoh 57 minit menyaksikan mereka ke final buat kali keenam musim ini. 

Sebagai rekod, pertemuan hari ini adalah yang kelima bagi tahun 2025 dan juara Terbuka Thailand dan Terbuka Artik di Finland 2025 itu berjaya mencatat kesemuanya kemenangan, sekali gus menjadikan rekod pertemuan keseluruhan 5-1.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani, terkandas dalam separuh akhir kejohanan bertaraf super 500 itu yang berlangsung di Gimnasium Wilayah Kumamoto dengan kekalahan straight set 12-21, 17-21.

Perebutan tiket ke final siri Kejohanan Badminton Dunia BWF nanti tampak sudah berakhir buat wakil negara itu selepas tidak berjaya ke pentas akhir Master Jepun.

Dan, kekosongan selaku beregu kedua selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik diisi oleh Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang kekal berada dalam kedudukan lapan terbaik. 

Advertisement

Must Watch Video