Skip to main content

Badminton

Masters Jepun: Kemampuan serap tekanan awal aset kebangkitan Pearly-Thinaah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-tan-m-thinaah.jpg
Ketenangan memastikan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, mendakap kejuaraan Kejohanan Badminton Masters Jepun hari ini. 

Aksi di Kumomoto itu pada awalnya tampak tidak begitu meyakinkan untuk menghadirkan kejuaraan ketiga buat taruhan utama wanita kebangsaan tersebut, namun mereka menokah nasib menerusi kebangkitan straight set 22-20, 21- 19. 

"Permainan awal tidak berapa berjalan lancar buat kami. 

"Kami tidak terlalu memikirkan mata apabila sedar jurangnya sudah agak jauh. 

"Kami cuba selangkah demi selangkah dengan mengubah corak permainan dan bertambah baik," kata Pearly. 

Menurut Thinaah pula: "Kami sangat gembira dan lega. 

"Banyak lagi ruang untuk diperbaiki dan kejohanan yang perlu diharungi. 

 
"Pihak lawan memberi tentangan dan tekanan hebat kepada kami. 

"Perkara utama ialah kami saling memberi galakan dan pendekatan ini sangat membantu kami di atas gelanggang."
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video