Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Letshanaa temani Goh Jin Wei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

k-letshanaa.jpg
Pembukaan baik buat pemain perseorangan wanita negara, K.Letshanaa dalam kejohanan pertama buatnya musim ini apabila berjaya menewaskan wakil dari Thailand, Pornpicha Choeikeewong menerusi rubber set.

Walaupun Letshanaa seakan "lambat bangun" di set pertama yang mengakibatkannya tumpas 16-21 namun pemain yang berada di ranking ke-60 dunia ini membuktikan kemampuannya dengan utuh merebut kembali kemenangan di set kedua, 21-14 dan selesa 21-11 di set ketiga.

Ini menyaksikan Malaysia akhirnya turun dengan dua pemain perseorangan wanita selepas Letshanaa sah menempatkan diri dalam undian utama Kejohanan Masters Indonesia 2024.

Advertisement

Must Watch Video