Skip to main content

Advertisement

Badminton

Masters Indonesia: Lee Zii Jia mudah ke pusingan kedua

lee-zii-jia.jpg
Perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, tidak berdepan masalah untuk ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Indonesia (Indonesia Masters) selepas menewaskan lawan dari Thailand, Kantaphon Wangcharoen, di Istora Gelora Bung Karno sebentar tadi.

Turun selaku pemain pilihan kelima kejohanan itu, Lee Zii Jia hanya memerlukan 38 minit unruk mencatatkan kemenangan 21-16, 21-12.

Pemain berusia 24 tahun itu seterusnya akan menghadapi wakil Belanda, Mark Caljouw, bagi penentuan ke suku akhir esok.
 
Dalam pada itu, seorang lagi perseorangan lelaki profesional, Liew Daren, tidak dapat meneruskan kemaraan selepas tewas 16-21, 21-23 kepada pemain China, Lu Guangzu.

Turut terkandas ialah Soong Joo Ven, yang disingkirkan oleh pemain pilihan ketiga dari Taiwan, Chou Tien-Chen, dengan kekalahan 15-21, 20-22.
 

Advertisement

Must Watch Video