BADMINTON
Masters Indonesia: Aaron Chia-Wooi Yik benam Korea Selatan, lolos ke separuh akhir
Beregu lelaki nombor dua negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan cabaran Malaysia dengan penuh cemerlang selepas menumpaskan Kang Min Hyuk-Kim Won Ho dengan kemenangan straight set Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, sebentar tadi.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu memperjuangkan semangat luar biasa apabila jarang melakukan kesilapan, sebaliknya tekanan yang diberikan setimpal dengan usaha untuk memenangi set pertama 21-19.
Begitupun, wakil Korea Selatan itu tekad menghidupkan peluang ke separuh akhir dengan kerap merapatkan jurang mata, namun gandingan di ranking ketiga dunia itu seakan menemui tonik tambahan tatkala berada di ambang kemenangan bersih.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengiringi Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam sektor beregu lelaki sebagai wakil negara dalam peringkat separuh akhir kejohanan bertaraf super 500 itu.