Masters China: Tang Jie-Ee Wei kandas di separuh akhir
Ammar Hakim
November 23, 2024 11:58 MYT
November 23, 2024 11:58 MYT
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terpaksa perjalanan mereka di Masters China terhenti di separuh akhir apabila kandas di tangan wakil tuan rumah.
Permulaan yang baik daripada Tang Jie-Ee Wei, saling mengejar mata menguji kemampuan lawan, namun kesilapan di hujung permainan set pertama membenarkan China menang 21-18.
Rentak kemenangan itu diteruskan wakil tuan rumah, dengan Tang Jie-Ee Wei gagal memberikan jawapan daripada setiap gerakan dan pukulan sebelum terpaksa akur dengan kekalahan 21-13.