Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan gandingan Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters China di Shenzhen Arena sebentar tadi.
Turun sebagai pilihan ketiga, wakil negara itu, bagaimanapun, bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik sepanjang set pertama sebelum tewas mudah 12-21.
Bagaimanapun, aksi sebenar mula dipamerkan juara Terbuka India itu dalam set kedua, di mana mereka menguasai penuh permainan sebelum mengeheret aksi ke set ketiga dengan kemenangan 21-11.
Perlawanan berlangsung sengit pada awal set penentuan itu dengan kedua-dua gandingan saling berkejaran mata tetapi sebaik kedudukan terikat 9-9, Sze Fei dan Nur Izzuddin meraih mata demi mata untuk jauh mendahului 20-14.
Bagaimanapun, mereka sekali lagi mencetuskan kebimbangan apabila mensia-siakan enam mata akhir untuk membenarkan lawan mengikat kedudukan 20-20.
Mujur gandingan negara itu berupaya meraih dua mata terakhir untuk mengesahkan tempat ke pusingan kedua selepas secara keseluruhan bertarung selama 43 minit.