BADMINTON

Masters China: Siaran Langsung (Live Streaming) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi vs Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen

Stadium Astro
Afiq Azfar
20/11/2024
03:47 MYT
Sponsor Banner
Masters China: Siaran Langsung (Live Streaming) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi vs Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi akan membuat penampilan pertama di China Masters 2024 dengan menentang pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, hari ini.
Kedua-dua pasangan ini telah berentap sebanyak empat kali, dengan menyaksikan masing-masing mencatatkan 2 kemenangan dalam pertarungan terdahulu.
Pertemuan terakhir mereka di PETRONAS Malaysia Open 2024 menyaksikan kemenangan memihak pasangan Ong-Teo dengan keputusan 21-10, 11-21, 24-22.
Ong-Teo kini menghuni ranking ke 24 semasa menerusi kemaskini BWF manakala pasangan Kim-Anders berada di kedudukan ranking ketiga terbaik dunia ketika ini.

Info Siaran Langsung (Live Streaming) China Masters 2024: Ong Yew Sin-Teo Ee Yi vs Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen

Tarikh: 20 November 2024 (Rabu) Masa: 6 petang *tertakluk kepada perubahan semasa Saluran: Astro Badminton CH815, Astro GO, sooka Venue: Shenzhen Gymnasium Court 1
Topic Berkaitan
Must-Watch Video