Skip to main content

Badminton

Masters China: Siaran langsung (live streaming) Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei vs Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tang-jiew-new.jpg
Beregu campuran yang membawa status selaku juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bakal membuat penampilan di pentas final Masters China apabila dijadualkan bertemu pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran sebentar lagi. 

Selepas bertarung selama satu jam dan 20 minit di atas gelanggang bertemu pasangan pilihan tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 22-24, 21-19, 21-17 mereka akan kembali ke gelanggang bagi memburu gelaran juara Masters China hari ini. 

Bertemu Dechapol-Supissara, pasangan Thailand itu memegang kelebihan daripada sudut rekod pertemuan (3-1) dan kali terakhir mereka bertemu ketika Terbuka Indonesia Julai lalu. 
 


SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) AKHIR KEJOHANAN BADMINTON MASTERS CHINA 2025

Tarikh: 21 September 2025
Saluran: Astro Badminton (815)
Venue: Shenzhen Arena
Masa: Jangkaan bermula 1 petang ini

Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!

Badminton

Gaya Pemain Pro

Bag badminton yang buat anda nampak macam juara.


Stok terhad!

Advertisement

Must Watch Video