Skip to main content

Badminton

Masters China: Perjalanan Pang Ron- Su Yin ditamatkan beregu pilihan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pang-ron-su-yin.jpg
Perjalanan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, dalam Kejohanan Badminton Masters China, tamat dalam pusingan kedua selepas tewas kepada beregu pilihan kedua, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, di Shenzhen Arena sebentar tadi.

Biarpun turun selaku beregu bukan pilihan, pasangan negara itu mencipta kejutan apabila memenangi set pertama 21-16.

Bagaimanapun, mereka jelas tidak dapat menandingi rentak lawan dalam dua set berikutnya untuk akur dengan kekalahan 7-21, 10-21 selepas selepas secara keseluruhan bertarung selama 58 minit.
 

Advertisement

Must Watch Video