Masih menjadi tanya tanya adakah peluang beregu campuran nombor satu negara Tang Jie-Ee Wei masih terbuka atau tidak untuk ke Final Jelajah Dunia BWF 2023?

Menyingkap kembali kenyataan Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky kepada Stadium Astro pada Isnin menyatakan bahawa, “untuk pastikan layak mereka perlu mara ke suku akhir sambil harapan pesaing mereka yang lagi tersingkir di pusingan awal."

Ini adalah kenyataan sebelum Tang Jie-Ee Wei turun beraksi dengan lawannya dari Indonesia iaitu Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari sebentar tadi.

Keputusan akhir dalam pusingan awal ini nampaknya tidak memihak kepada pasangan negara bila mana tewas mudah dalam aksi straight game sekaligus lebarkan rekod pertemuan kepada 0-3 kepada pasangan dari Indonesia itu.’

Mengikut kepada kiraan mata terkini untuk ke Final Jelajah Dunia BWF 2023, Tang Jie-Ee Wei masih punya peluang tipis untuk teruskan kemaraan jadi lapan terbaik untuk kategori mereka.

Tang Jie-Ee Wei boleh teruskan kemaraan dengan syarat pasangan dari tiga buah negara yang ikuti rapat kedudukan ranking semasa mereka peroleh keputusan seperti ini:

Perlawanan 1:
Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin (TPE) tewas kepada ranking nombor dua dunia Yuta Watanabe-Arisa Higashino (JPN)

Perlawanan 2:
Tang Chun Man-Tse Ying Suet (HKG) tewas kepada Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie (MAS)

Perlawanan 3:
Mathias Christiansen-Alexandra Bøje tewas dengan ranking nombor satu dunia iaitu Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong

Jika situasi ini terjadi pada Rabu, Tang Jie-Ee We boleh teruskan kemaraan ke Final Jelajah Dunia BWF 2023.