Skip to main content

Badminton

Masters China: Pearly-Thinaah mudah ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-thinaah.jpg
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters China apabila mudah menewaskan gandingan Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai, di Shenzen Arena sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kedua, naib juara Kejohanan Dunia itu menguasai penuh aksi dalam set pertama sebelum mencatatkan kemenangan 21-11.

Cabaran lebih mudah dihadapi mereka dalam set kedua, di mana gandingan negara itu hanya melepaskan lapan mata selepas secara keseluruhan bertarung selama 27 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke separuh akhir esok ialah pemenang di antara satu lagi beregu negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting, dan pilihan keenam dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee.

 

Advertisement

Must Watch Video