Skip to main content

Badminton

Masters China: Pang Ron-Su Yin hanya perlu 27 minit singkir wakil Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pang.jpg
Beregu campuran meningikat naik negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, meneruskan kemaraan ke pusingan 16 Kejohanan Badminton Masters China 2025 di Arena Shenzhen, sebentar tadi.

Wakil negara yang turun selaku gandingan di ranking ke-13 dunia itu menewaskan lawan dari Indonesia, Adnan Maulana-Indah Cahya Sari, menerusi aksi straight set, 21-6,21-14 dalam tempoh 27 minit.

Hanya sembilan minit diperlukan Pang Ron-Su Yin dalam set pertama untuk menewaskan lawan di ranking ke-31 dunia itu dengan mempamerkan aksi bertenaga dengan kemenangan 21-6.

Naib juara Masters China 2024 itu meneruskan momentum dalam set kedua meskipun diberikan cabaran sengit dalam awal set kedua.

Misi Adnan-Cahya Sari untuk mengheret wakil negara ke set penentuan tidak menjadi kenyataan sekali gus ditunjukkan jalan keluar dalam pusingan 32 selepas tumbang 14-21 di kejohanan berstatus Super 750 itu.

Advertisement

Must Watch Video