Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, tersingkir dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters China apabila tewas kepada gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, di Shenzen Arena sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kelima, Wei Chong dan Kai Wun ternyata bergelut sejak dari awal permainan sebelum tewas 10-21 dalam set pertama.
Mereka sekali lagi berada dalam kedudukan mengejar dalam set kedua tetapi sedikit demi sedikit berhasil menghambat mata untuk menyamakan kedudukan 19-19 sebelum menang 23-21, sekali gus mengheret pertarungan ke set ketiga.
Bagaimanapun, mereka sekali lagi terpaksa akur dengan aksi dominan lawan dan tersingkir dengan kekalahan 14-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama hampir sejam.