Skip to main content

Badminton

Masters China: Li Shi Feng hukum rentak tidak konsisten Leong Jun Hao

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jun-hao.jpg
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan rentak tidak konsisten sebelum tewas kepada pemain pilihan keempat, Li Shi Feng, dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters China di Shenzhen Arena sebentar tadi.

Berdepan jaguh tuan rumah itu, Jun Hao pada asalnya memberikan tentangan hebat pada awal permainan tetapi menuju ke pertengahan set pertama, dia mula kehilangan rentak untuk akur dengan kekalahan 11-21.

Wakil negara itu kemudian menguasai saingan dalam set kedua tetapi ketika jauh mendahului 19-13, dia membenarkan lawan meraih enam mata berturut-turut dan mujur berhasil memperoleh dua mata terakhir untuk mengheret permainan ke set ketiga dengan kemenangan 21-19.

Jun Hao sekali lagi garang pada awal set penentuan tetapi tesekat di mata keempat untuk ketinggalan 4-8 dan selepas di belakang 7-9, dia membenarkan Shi Feng meraih 11 mata berturut-turut sebelum akur tersingkir dengan kekalahan 8-21.
 

Advertisement

Must Watch Video