Bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim, percaya Leong Jun Hao merupakan pemain yang 'sukar dijangka' dan mampu mengejutkan Anthony Ginting pada pusingan pertama Masters China.
Meskipun rekod lalu memihak Ginting, namun perseorangan lelaki utama Malaysia itu memenangi pertemuan terakhir pada Terbuka Singapura 2024.
"Daripada segi rekod pertemuan, kelebihan memihak Ginting cuma kali terakhir mereka bertemu Jun Hao melakar kemenangan," katanya menerusi Nadi Arena.
"Saya melihat Jun Hao ada elemen 'sukar dijangka' jadi ada peluang untuk menyaksikan pemain itu melakar kejutan."
Melihat undian melibatkan Lee Zii Jia yang akan bertemu pemain Chinese Taipei, Lin Chun-yi, Roslin melihat kesukaran bakal dihadapi Zii Jia yang masih belum menemui sentuhan sebenar setelah baru pulih daripada kecederaan.
Bagaimanapun, rekod pertemuan masih memihak Zii Jia dengan kelebihan 2-1 mengatasi lawannya itu.
"Zii Jia jika dilihat berdasarkan prestasi, dia baru sahaja pulih daripada kecederaan. Saya berpandangan mengambil pendekatan tungguh dan lihat. JIka mahu meletakkan harapan yang tinggi, kita semua tidak mengetahui tahap ketersediaanya, jadi kita hanya mampu menunggu dan melihat perkembangannya nanti."
Roslin Hashim optimis kemampuan Jun Hao dan mampu mengejutkan Anthony Ginting pada pusingan pertama Masters China????#AstroArena #NadiArena pic.twitter.com/CBO4tpiw3q
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 15, 2025