Skip to main content

Badminton

Masters China: Kehabisan tenaga, Pearly-Thinaah ucap selamat tinggal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-thinaah.jpg
Beraksi dalam kejohanan berturut-turtut sememangnya menguras tenaga dan itulah yang berlaku kepada beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, ketika kandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Masters China di Shenzen Arena sebentar tadi.

Naib juara Kejohanan Dunia itu jelas sudah kehabisan tenaga ketika tewas kepada gandingan pilihan keenam dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee.

Menguasai awal set pertama, gandingan negara itu mula kelihatan mengalami keletihan menuju ke penghujung saingan berkenaan sebelum tewas tipis 23-21.

Rentak hampir sama dipamerkan mereka dalam set kedua dengan kedua-dua pemain negara itu hanya mengandalkan kepada kemahiran tanpa melibatkan terlalu banyak tenaga dan berhasil mengelak kekalahan untuk membawa permainan ke set penentuan dengan kemenangan 21-19.

Pearly kelihatan amat terkesan dengan jadual padat mereka dan dia kelihatan sudah tidak mampu lagi bergerak pantas dalam set ketiga tetapi pasangan negara itu tetap memberikan tentangan terbaik sebelum terpaksa mengucapkan selamat tinggal berikutan kekalahan 20-22 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam 28 minit.

 

Advertisement

Must Watch Video